Tun Abdul Razak Hussein






                                   TUN ABDUL RAZAK BIN DATUK HUSSEIN

BIOGRAFI:

 Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan’ telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi,Tun Abdul RAZAK BIN DATUK Hussein ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976.Tun Abdul Razak Hussein merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.[2] Beliau juga merupakan keturunan bangsawan berbangsa Bugis yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. 

PENDIDIKAN AWAL:

Di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar sinilah Abdul Razak mendapat pendidikan awal.Beliau terpaksa berulang alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dan berkaki ayam dari rumah ke sekolah.Tun Abdul Razak mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi.Dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran.Pada tahun 1939, Tun Abdul Razak dilantik menjadi pegawai dalam percubaan bagi Perkhidmatan Pentadbiran Melayu.Seterusnya pada 31 Mei 1940, beliau menamatkan pengajian di Maktab Kuala Kangsar.Beliau telah menerima biasiswa yang membolehkan beliau mengambil kursus selama tiga tahun dalam bidang ekonomi, undang-undang dan sejarah di Raffles College.

PENGAJIAN TINGGI:

Raffles College ialah sebuah pusat pengajian tinggi yang telah ditubuhkan di Singapura untuk kursus diploma.Pengajian di Raffles College tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus dan setelah Jepun menakluk Singapura, kolej itu ditutup. Tun Abdul Razak tiada pilihan lain, lalu pulang ke Pahang. Tun Abdul Razak bersama-sama Ghazalie Shafie, sahabat lamanya mengusulkan satu cara gerila untuk menentang Jepun. Beliau juga menghubungi Angkatan 136, kumpulan gerila ynag menentang Jepun. Beliau menjadi Kapten bagi pasukan gerila itu yang mendapat bantuan pihak British.Disebabkan peranan beliau yang aktif menentang Jepun, Tun Abdul Razak diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di United Kingdom pada tahun 1947. Oleh sebab tidak pasti sama ada akan diterima belajar di Universiti London atau tidak, beliau telah menandatangani suatu perjanjian untuk memasuki Lincoln’s Inn of Court bagi mempelajari undang-undang. Kecekapannya terbukti lagi apabila beliau berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln’s Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan. 



PENGLIBATAN DALAM POLITIK:

Pada tahun 1955, Tun Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran Malaya yang pertama. Sebagai Menteri Pelajaran, Tun Abdul Razak membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956. Penyata ini yang diumumkan pada 16 Mei 1956 telah digubal dengan tujuan mengubah-corak pembelajaran pelajar-pelajar. Perkara-perkara terkandung di dalamnya termasuk menyelaraskan sukatan pelajaran semua aliran sekolah di negara ini serta pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di pusat-pusat pendidikan, termasuk penyemarakan keharmonian kaum sejak dari peringkat tadika. Sebagai Menteri Pelajaran, Tun Razak membina 3,000 buah sekolah dan membolehkan tiga juta orang dewasa buta huruf membaca dan menulis melalui kelas-kelas dewasa yang dijalankan di kampung-kampung.


EKONOMI

Pentadbirannya yang tidak sampai enam tahun telah menyaksikan pembangunan yang begitu pesat di seluruh negara. Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada pertengahan 1971 untuk membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama. Beliau dan “generasi kedua” ahli politik Melayu melihat begitu perlunya penyelesaian perbezaan jurang ekonomi dan sosial di antara kaum, terutama sekali setelah rusuhan kaum 13 Mei 1969.Kepimpinan Tun Razak juga melihat peningkatan dalam penglibatan Bumiputra di dalam sektor ekonomi khususnya dengan penubuhan agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan PERNAS hasil dari cadangan-cadangan Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputra.

https://umno-online.my/presiden/tunrazak/

https://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdul-razak-dato-hussein/biografi/

Comments