BIOGRAFI PERDANA MENTERI KE-8
 |
| Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin telah dipekenan oleh Yang Di-Pertuan Agong melantik beliau menjadi Perdana Menteri Ke-8 pada 29 Februari 2020.Ketika beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, sifat keprihatinan terhadap rakyat Malaysia yang ditonjolkan, menyebabkan beliau dikenali sebagai Bapa Prihatin Malaysia dan lebih dikenali dalam masyarakat sebagai Abah.Beliau juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 yang telah dilantik pada 1 Mac 2020 lalu dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021.
- NAMA PENUH : Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin
- TARIKH LAHIR : 15 Mei 1947
- TEMPAT LAHIR : Bandar Maharani, Muar, Johor
- NAMA BAPA : Tuan Haji Muhammad Yassin Bin Haji Muhammad
- NAMA IBU : Puan Hajjah Khadijah Binti Haji Kassim
- NAMA ISTERI : Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
- ANAK PERTAMA : Fakhri Yassin Mahiaddin
- ANAK KEDUA : Nabilah Mahiaddin
- ANAK KETIGA : Najwa Mahiaddin
- ANAK KEEMPAT : Farhan Yassin Mahiaddin
- JAWATAN : Perdana Menteri Ke-8 (2020-2021)
KEHIDUPAN AWAL
Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'Zim dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, i
aitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.
PENDIDIKAN
- SEKOLAH RENDAH : Sekolah Kebangsaan Maharani
- SEKOLAH MENENGAH : Sekolah Kebangsaan Ismail
- SEKOLAH MENENGAH : Government English School
Beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
KERJAYA
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).
Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp).
POLITIK
Tan Sri Muhyidin Yassin berkecimpung dalam dunia politik pada tahun 1971. Berikut adalah jawatan yang dipegang oleh beliau sepanjang beliau di dunia politik :
Pada tahun 1981 – Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia
Pada tahun 1982 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Mei 1995 – Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9
Disember 1999 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Januari 2004 – Mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.
Pilihan Raya Umum Ke 11 – Dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen
2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timblaan Pengerusi Barisan Nasional
Ogos 2016 – Masuk dalam parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Dilantik menjadi Presiden Parti BERSATU
29 Februari 2020 – Dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8
16 Ogos 2021 – Perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Ke- 8
JASA DAN SUMBANGAN
- SEBAGAI MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA
Tan Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat.
- SEBAGAI MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA
Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan komitmen kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018.
- PENDEMIK COVID 19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Semasa pemerintahannya, COVID-19 merebak ke seluruh negara. Sebagai tindak balas, Muhyiddin melaksanakan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 untuk mencegah penyakit itu daripada menjangkiti.Sebagai tindak balas terhadap kesan ekonomi COVID-19, dia memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM 250 bilion pada 27 Mac untuk melembutkan tekanan ekonomi semasa PKP.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin
Comments
Post a Comment